Wednesday, June 3, 2009

Radio Amatur

posted by Posted by Mohd Nadzri | Tagged with |

Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Tak semestinya hanya satu hobi mungkin ada diantara kite mempunyai banyak hobi.Walau apa pun hobi kite yang paling penting kita minat.

Kini aku mempunyai hobi yang blh dikatakan unik. Kenapa aku kata unik dan apa hobi yang dimaksudkan? Radio Amatur (Radio Amature) atau ada yang mengelarkan Ham Radio. Apa uniknya? kalau difikirkan tak ada yang unik cuma pada rakan2 atau mereka yang kurang arif pasti akan mengelarkan hobi ini sebagai unik atau tak memberi sebarang faedah. Setiap individu mempunyai cara pemikiran atau pandangan. Jadik tak boleh salahkan sapa2.

Apa itu Radio Amatur? Radio amatur adalah merupakan satu cara berkomunikasi tanpa batas. Dimana pengendali-pengendali Radio Amatur akan menggunakan peralatan-peralatan yang minimun untuk saling berhubung. Ada kalanya diantara mereka ini berjaya berkominukasi dengan pengendali Radio Amatur yang berada jauh beribu kilometer ataupun berkomunikasi dengan para angkasawan. Hobi Radio Amatur bukan sekadar berkomunikasi tetapi juga bekenaan dengan membina dan membuat ujikaji.

Aku pemegang lesen Radio Amatur Kelas B dengan pengenalan (callsign) 9W2NAX atau biasa disebut Nine-Wiskey-Two-November-Alfa-Xray. Setiap rakyat Malaysia yang ingin memiliki lesen ini perlu menjalani peperiksan yang di anjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Diadakan 2 kali setahun. Setiap pemegang lesen Radio Amatur perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM24 bagi kelas B dan RM36 bagi kelas A. Murah kalau nak dibandingkan dengan pengunaan telefon. Untuk mendapatkan lesen kelas A setiap calon perlu menduduki peperiksaan kod Morse. Kelebihan yang ada pada pemegang kelas A adalah Frekuansi yang boleh dikendalikan adalah tidak terhad berbanding dengan pemegang kelas B yang hanya beberapa sahaja frekuansi dan had kuasa pemancaran yang dibenarkan olah MCMC. Kini aku dah pun setahun memegang callsign 9W2NAX.

Jadi walau apa pun hobi kitedan seberapa banyak pun hobi kite yang paling penting adalah minat dan kesungguhan kite. Tak semestinya mempunyai hobi memberikan kite tiket untuk tidak menghirau akan keluarga ataupun tanggungjawap yang perlu kita pikul.



TQ...chario...73