Saturday, June 12, 2010

Utusan Malaysia Online - Selatan

posted by Posted by Mohd Nadzri | |

Utusan Malaysia Online - Selatan



Saturday, March 13, 2010
posted by Posted by Mohd Nadzri | Tagged with |











Thursday, March 11, 2010

Hantar Nama ke Mars

posted by Posted by Mohd Nadzri | Tagged with |

Mungkin ramai yang dah tahu dan sudah pun mendaftar tak kurang juga yang masih tidak tahu apa-apa cerita tentang hantar nama anda ke Mars yang dianjurkan oleh NASA. Aku baru jer mendaftar pada awal bulan 3. Nama-nama yang telah mendaftar akan dibawa oleh Rover Mars science Laboratory. Berkemungkinan ia akan dilancarkan pada tahu 2011. Pada yang berminat untuk menghantar nama boleh melawat laman web http://mars.jpl.nasa.gov/msl/participate/sendyourname/. Setelah selasai anda akan mendapat E-Sijil.


Chario....73



Thursday, March 4, 2010

Kesan dari Air Sejuk

posted by Posted by Mohd Nadzri | |

   Semalam aku terima satu email dari adik mengenai amalan meminum air sejuk. Ikutkan aku air sejuk adalah pilihan pertama aku, tak kira pagi, tengahari atau pun malam. Air sejuk tak kira yang putih atau pun yang berwarna mesti jadi pilihan aku. Nak minum minuman panas memang payah tak tahu kenapa tapi ada dikalangan rakan-rakan yang lain tak akan sentuh atau lebih gemarkan minuman panas.

   Minuman sejuk akan membekukan makanan yang berminyak dan ia juga akan memperlahankan system penghadaman kita. Apabila lemak-lemak ini yang terbentuk didalam usus, ia akan menyempitkan saluran kita dan semakin lama dengan amalan meminum minuman sejok ini akan mengakibatkan lemak berkumpul. Akibatnya kita senang untuk mendapatkan pelbagai penyakit.

 

   Kita perlu tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan bermula dengan rasa pada tangan sebelah kiri semata-mata. Kita perlu berhati-hati pada permulaan sakit yang sedikit pada bahagian atas dada. Kita mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama tetapi kita perlu lebih berjaga-jaga. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% pengidap sakit jantung tidak akan bangun selepas tidur.

   Jadi walau apa pun yang kita lakukan, amalkan kehidupan yang sihat. Aku sendiri pun masih sukar untuk menjalankan aktiviti riadah pada hujung minggu atau pada masa lapang. Tapi itulah sikap manusia semakin hari semakin malas untuk membuat perkara-perkara yang penting terutama dalam penjagaan kesihatan diri. Harap info yang di kongsi ini memberi sedikit pengetahuan. Mungkin ada kekurangan pada info yang cuba aku sampaikan atau ada kesilapan aku mohon maaf.

chario....73



Friday, February 26, 2010

From My Lens

posted by Posted by Mohd Nadzri | Tagged with , |


   Sudah berapa lama aku tak update apa2, dah bolah masuk ketegori usang dah blogs nie. Kalau rumah dah tentu-tentu bersawang, semak samun dan lalang boleh penuh mungkin naik sampai takat pinggang. Macam tu la boleh aku bayangkan berapa lama blogs nie ditinggalkan. Masalah dengan masa ditambahkan pulak dengan keadaan aku yang tak menentu pada penghujung tahun 2009. Bagi aku 2009 banyak mengajar aku tentang liku-liku kehidupan seorang usahawan. Pengalaman yang tak akan aku lupakan dan merupakan pengajaran pada diri aku untuk lebih berhati-hati dan maju dalam bidang yang diceburi. 

   Ini merupakan entry pertama aku bagi tahun 2010. Tak banyak sangat idea nak mulakan. Mungkin 2010 merupakan tahun yang lebih bermakna. Harap-harap macam tu la hendaknya. Berikut beberapa gambar terkini putri kesayangan. Allhamdullillah aku akhirnya dapat juga memperolehi sebuah kemera, walaupun bukan yang aku idamkan cukup untuk membuat setiap saat mempunyai memory tersendiri.
  



  

 

 

 

 Chario ...73