Thursday, March 4, 2010

Kesan dari Air Sejuk

posted by Posted by Mohd Nadzri | at 6:57 AM |
Tagged With


   Semalam aku terima satu email dari adik mengenai amalan meminum air sejuk. Ikutkan aku air sejuk adalah pilihan pertama aku, tak kira pagi, tengahari atau pun malam. Air sejuk tak kira yang putih atau pun yang berwarna mesti jadi pilihan aku. Nak minum minuman panas memang payah tak tahu kenapa tapi ada dikalangan rakan-rakan yang lain tak akan sentuh atau lebih gemarkan minuman panas.

   Minuman sejuk akan membekukan makanan yang berminyak dan ia juga akan memperlahankan system penghadaman kita. Apabila lemak-lemak ini yang terbentuk didalam usus, ia akan menyempitkan saluran kita dan semakin lama dengan amalan meminum minuman sejok ini akan mengakibatkan lemak berkumpul. Akibatnya kita senang untuk mendapatkan pelbagai penyakit.

 

   Kita perlu tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan bermula dengan rasa pada tangan sebelah kiri semata-mata. Kita perlu berhati-hati pada permulaan sakit yang sedikit pada bahagian atas dada. Kita mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama tetapi kita perlu lebih berjaga-jaga. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% pengidap sakit jantung tidak akan bangun selepas tidur.

   Jadi walau apa pun yang kita lakukan, amalkan kehidupan yang sihat. Aku sendiri pun masih sukar untuk menjalankan aktiviti riadah pada hujung minggu atau pada masa lapang. Tapi itulah sikap manusia semakin hari semakin malas untuk membuat perkara-perkara yang penting terutama dalam penjagaan kesihatan diri. Harap info yang di kongsi ini memberi sedikit pengetahuan. Mungkin ada kekurangan pada info yang cuba aku sampaikan atau ada kesilapan aku mohon maaf.

chario....73