Saturday, May 16, 2009

1st time

posted by Posted by Mohd Nadzri | at 8:12 AM |
Tagged With


Bagai anak2 yg baru nak masuk sekolah. Baru nak kenal apa itu A B C & 1 2 3. Tapi pada aku setiap manusia dimuka bumi ini akan bermula dari 0 untuk setiap perkara yg akan dilakukan. Seorang pelumba akan bermula dari garisan permulaan begitu juga dengan manusia. Permulaan dari waktu kita dilahirkan hingga la kesaat ini akan tetapi masih lagi menunggu penghujungnya.

Kini aku cuba satu bidang yg baru iaitu Blogs. Apa kelebihan blogs? aku sendiri masih mencari dan mencari. Kalau satu masa dulu hepoh akan lawan web peribadi tp kini boleh dikatakan setiap individu pasti akan mempunya blogs. Sehinggakan pemerintah sesebuah negeri atau negara mempunyai Blogs sendiri.

Tak bermakna aku mempunyai blogs untuk menunjuk-nunjuk atau ingin mempamerkan kehebatan. Ini sekadar hobi untuk mengisi masa lapang dan juga mungkin ada perkara yang boleh kite kongsi bersama. Selain dari berkongsi maklumat atau fakta aku juga cuba jadikan Blogs aku sendiri sebagai tempat rujukkan, maklum la kadang sesuatu yang kite jumpa di internet kadang payah nak jumpa untuk kali kedua. Jadi blogs ini juga sebagai bahan rujukan dimasa akan datang. Itu pun kalau aku berjaya mengemaskinikan Blogs aku ini sentiasa. Almaklum la kadang-kadang aku nie rajin pada permulaan bak kata orang dulu-dulu "Hangat-hangat tahi ayam....".

Diawal ini ingin aku memohon ampun dan maaf jika sepanjang penulisan aku didalam blogs ini akan menyakitkan hati atau menguris rasa aku menyusun 10 jari terlebih dahulu. Jika ada sebarang komen atau tunjukajar ingin aku dahului dengan ucapan terima kasih. Ini kerana setiap insan mempunyai pemikiran dan naluri yg berbeza.